Testimoni


Asalamualaikum.tuan prof.dr .sahrin .syukur ana panjatkan pada ALLAH swt ,hari demi hari hidup ana semakin tenang isteri dan anak2 ,bertambah ketaatan pada ALLAH,satu persatu kebesaran ALLAH tergambar ,puji dan syukur pada ALLAH atas tunjuk ajar prof.dr sahrin ana akan jadikan panduan hidup ana sekeluarga .ana doakan prof sentiasa dalam rahmat ALLAH swt salam sayang dari ana sekeluarga@AMIN BIN SANUSI:

Inilah first time bengkel yang buat saya tidak boleh tidur walaupun sudah beberapa hari kurang tidur. Sangat-sangat serook tidak terkata. Rasa bersyukur sebab Allah memberi saya jalan yang benar menyertai bengkel ini - Abdul Qawien Abd Rahman
 
Ramai yang telah berubah, ramai yang telah memberikan pengakuan yang hidup mereka mengalami perubahan. Dari muflis kepada jutawan, dari tidak baik kepada baik dan dari meninggalkan solat kepada menjaga solat. Semua ini adalah pengakuan benar, bukan rekaan. Berikut adalah sebahagian dari testimoni yang diberikan:

Syukur Alhamdulillah. Bertepatan dengan namanya Bengkel Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi, sememangnya banyak keajaiban dari Allah yang berlaku pada diri saya apabila mengamalkan amalan amalan yang diberikan oleh Prof. Shahrin. Terbaru,semalam saya mendapat bonus syarikat berjumlah RM1250 melebihi jangkaan saya. Malah petang itu juga mendapat extra bonus lagi RM165 dari pembelian produk. AllahuAkbar! Zikir zikir dan Tafakur yang diberikan memberi satu ketenangan hati dan gerak hati juga semakin kuat. Alhamdulilah - Shamsuri, Kedah

Alhamdulillah baru 3 hari mengamalkan xxxxx xx xxxxx* (masih dlm proses mengkhatamkan xxxxxx) saya telah mndapat sesuatu yg sya inginkan sejak 7thn dulu.pengalaman nafas Frekuensi Ilahi jg menjawab persoalan keadaan yg saya pernah alami ketika berzikir tarikat dulu(seperti terkena renjatan letrik) - darius zindani <sqzindani@xxxxxxx.xxx>
xxx* = adalah salah satu pengisian modul yang dilakukan dengan bimbingan yang betul

apa yg tazkirah ust tu mmg sy amiklah sbg panduan. cuma yg amalan tu sy masih sempat buat sikit2 jer. kekangan masa sggh 2-3 minggu ni ustaz. InsyAllah free nnt nak type balik nota tu dan amalkan. cuma perubahan besar yg sy dapat ialah setat minggu ni sy mula solat dhuha kat opis.kalau sebelum ni wat time wekend jer. hati pon makin lama makin tenang. keje byk kat opis pon sy redha jer. xde dah nak tensen2.hehehe - Fadzilah Hashim

Bila ustaz bagi JD, selepas 2 kali saya ia menyebabkan saya tiba-tiba terus menangis bila membaca terjemahan..adakah ini salah satu dari kesannya ustaz? - Adha 

SYUKUR ke hadrat allah s.w.t kerana telah menemukan saya dengan prof dr sharin. SEPERTI tidak percaya apa yg telah berlaku kepada saya.SETELAH menerima juzuk diri yang telah dibuka oleh prof seperti ada keajaiban yg telah berlaku di dalam perniagaan BUAH DURIAN yang saya jalankan .SAYA TELAH BERJAYA MENJUAL 300KG HINGGA 1.2 TAN SEHARI, ini amat mengejutkan kerana sebelum ini nak jual 70kg pun susah. Setelah diimbas kembali rupa-rupanya saya baru 4 hari memulakan amalan membaca juzuk diri. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana menunjukan jalan.insyallah saya akan meneruskan membaca juzuk diri agar terbuka lagi rahsia-rahsia yang tidak diketahui lagi.terima kasih prof dr shahrin-  En.Darul Ridzuan

saya datang dari P.Pinang dengan menaiki bas untuk menghadiri seminar dan terpaksa bercuti kerja. Namun apa yang sayA peorlehi  sewaktu seminar lebih berbaloi dari pengorbanan kecil yang saya lakukan, bukan saja dari teknik pengajaran ustaz yang begitu berhikmah, iaitu peserta begitu ramai bermacam ragam, tetapi ustaz dapat handle semuanya dengan baik walaupun waktu seminar hampir 10 jam langsung tidak terasa jemu, mengantuk juga tiada. Ilmu yang diberi amat bermanfaat sekali untuk amalan dunia akhirat. Sekarang sudah seminggu dan selepas seminar dan saya telah mengamalkan beberapa ilmu yang ustaz berikan secara beransur-ansur, tak mampu nak amalkan semua sekaligus kerana banyak ilmu yang diberikan, ustaz memang tidak lokek ilmunya. hmmm baru tengah malam semalam saya menerima juzuk diri dari ustaz. Baru sahaja beberapa ayat dibaca saya merasakan getaran dari dalam tubuh, selepas itu saya baca lagi sedikit ada satu perasaan luar biasa dengan ayat yang dibaca tak dapat nak jelaskan di sini. MasyaAllah terima kasih ustaz shahrin Firdaus, Pulau Pinang

Hanya dengan satu panggilan, terus close case, sedangkan rakan sejawat saya dah berjumpa dengan client yang sama face to face pun tak dapat close case tersebut - Hamba Allah

Saya amat bersyukur kerana berpeluang menghadiri bengkel ini di mana dengan bimbingan prof. banyak ilmu telah saya perolehi yang mana saya dapat merasai kehadirannya tenaga tersebut, dngan kaedah yang tepat dan betul membolehkan saya beramal untuk mendapat keredhaan Allah - Mohd Razali Che Mat, Puchong Selangor

Alhamdulillah, sangat menarik dan penuh dengan ilmu yang dicari selama ini. Prof. juga sangat bermurah hati untuk berkongsi ilmunya, komunikasi yang sangat telus dan tidak terlalu formal menjadikannya sangat menari - Mustafa Kamal B. Mahmudin, Shah Alam Selangor

Komen saya bagi bengkel Bengkel Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi sungguh menarik. Saya sungguh terhibur disamping mempelajari ilmu tersebut. Terima kasih pada prof - Mohamad Feerdaus Maula Ramli, Johor

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang memberi petunjuk kepada saya untuk hadiri kursus ini. Saya telah mendapat ilmu yang tidak ternilai kiranya bagi saya. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan pada ustaz Shahrin yang berkongsi ilmu ini kepada saya dan umat islam yang lain - Muhammad Saiful Iza, Selangor

Alhamdulillah, saya mendapat apa yang saya cari iaitu zikir-zikir yang boleh membersih diri saya dan banyak kebaikan. Semoga kursus seperti ini diteruskan lagi untuk kebajikan dan kebaikan umat islam. Penyampaian ustaz begitu terkesan dan dapat diserap dan dirasai oleh saya. Terima kasih ustaz dan penganjur - Md Azman Ishak, Klang Selangor

Ilmu yang dipelajari tidak terbanding dengan yuran kursus. Ilmu ini sangat bernilai - Shaiful Zalizan, Rompin

Ilmu yang sangat berguna, rasa nak datang lagi bengkel ustaz. InsyaAllah jika ada rezeki - Ahmad Fadhli Amran, Wangsa Maju KL

Setelah saya mengikuti bengkel ini saya dapati keyakinan iman saya bertambah dan keyakinan rezeki yang ALLAH berikan. Ditambah dengan teknik-teknik yang berguna dari segi amali dan teori, mudah difahami dengan bahasa yang mudah - Md Noor Jemuah, Ipoh Perak

Bengkel yang berkesan pada diri saya dapat merasai perbezaan. Dapat banyak ilmu baru yang sangat berguna dalam kehidupan. Tenaga pengajar bijak menguasai kelas, penyampaian berkesan -Shakirah Hj. Yahya Malik, Klang Selangor

Alhamdulillah, selepas menghadiri kursus ini, banyak ilmu yang saya dapat, yang selama ini tak terfikir oleh saya betapa ilmu Allah ni terlalu luas. InsyaAllah saya akan mengamalkan dan cuba mempraktikkan untuk diri dan keluarga dan semua umat manusia - Khalid Ramaley, Pulau Pinang

SUBHANALLAH, ALHAMDULILAH, ALLAHUAKHBAR! Apa yang Diyla cari selama ini ada depan mata. Mohon ustaz iringi doa, Allah tetap dan tambahkan segala limpahan rezeki, keberkatan hidup Diyla sekeluarga Allah pelihara sepanjang hayat! perkongsian dan tunjuk ajar amat Diyla sanjung tinggi - NOordalilawati (Noordalilawati (Diyla Magnet Lariss), Negeri Sembilan

Ini hanya sebahagian testimoni yang diberikan